Kacang kuda snek popular untuk diet

Kalau pergi pasar malam, tak sah kalau tak beli kacang kuda rebus. Rasanya yang lembut berlemak dengan sedikit rasa masin memang sedap dibuat snacking. Di kedai Pakistan pula, selalu dihidangkan kari kacang kuda bersama roti nan. Kalau datang kedai Arab, tak sah kalau tak pesan hummus yang diperbuat daripada kacang kuda juga.

Kacang kuda

Kacang kuda (Cicer arietinum) juga dikenali sebagai chickpea dalam bahasa Inggeris atau garbanzo beans. Dalam kalangan masyarakat setempat ia sering mendapat jolokan kacang Arab ataupun kacang putih kerana sering dibawa pulang oleh jemaah haji dari Mekah. Istilah lain bagi pelbagai jenis kacang kuda ialah gram/Bengal gram dan chana yang selalunya digunakan dalam masakan dal orang India. 

Kacang kuda berasal dari kawasan Timur Tengah iaitu di Turkiye dan Asia Barat Daya tetapi ia telah tersebar ke seluruh dunia dan menjadi komponen penting dalam masakan pelbagai budaya. Data 2019 menunjukkan bahawa India menguasai 70% pasaran kacang kuda diikuti Turkiye, Myanmar dan Pakistan.

Baca juga:

Pokok kacang kuda

Kacang kuda adalah tumbuhan berjenis semak yang boleh tumbuh sehingga ketinggian 20cm hingga 50cm. Bunganya berwarna putih atau merah jambu dan bijinya berbentuk bulat dan kecil.



Jenis kacang kuda

Terdapat beberapa variant saiz dan warna kacang kuda tetapi 2 jenis ini yang banyak ditanam dan dieksport ke seluruh dunia:
  • Desi - saiz kecil, berwarna lebih gelap dan banyak ditanam di India, Ethiopia, Mexico dan Iran.
  • Kabuli - saiz besar dan berwarna lebih cerah dan baka ini dikatakan berasal dari Kabul, Afghanistan. Turut ditanam di Timur Tengah dan Eropah.
kacang kuda


Nutrisi dan kalori kacang kuda 

NUTRISI KACANG KUDA REBUS

100G

Kalori

164kcal

Protein

8.86g

Karbohidrat

27.42g

Serat

7.6g

Kalsium

49mg

Zat besi

2.89mg

Magnesium

48mg

Vitamin C

1.3mg

Fosforus

168mg

Kalium

291mg

Mangan

1.03mg

Folat

172mg

Kacang kuda untuk diet 

Pengambilan segenggam kacang kuda rebus bersamaan lebih kurang 100kcal sesuai untuk snacking yang sering diambil sekitar 10 pagi dan 4 petang. 



Khasiat kacang kuda 

Sumber protein tinggi

Sumber protein berkualiti tinggi, yang membantu membangun dan memulihkan tisu-tisu dalam badan.

Kaya serat

Mengandungi serat yang tinggi, membantu dalam penghadaman yang sihat, mencegah sembelit, dan menjaga berat badan yang ideal.

Mengawal gula dalam darah

Membantu mengawal gula darah dengan membantu tubuh menyerap glukosa secara perlahan, sesuai untuk individu dengan diabetes.

Menurunkan kolesterol

Serat yang terdapat dalam kacang kuda dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah, menjaga kesihatan jantung.

Sumber vitamin

Mengandungi zat besi, yang penting untuk mencegah anemia dan memastikan oksigen yang cukup ke seluruh badan. Sumber kalsium yang baik, baik untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat.

Fosforus dalam kacang kuda penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu, serta menjaga keseimbangan asid dalam badan. Mengandungi vitamin B seperti folat, niacin, dan vitamin B6 yang penting untuk kesihatan saraf, metabolisme, dan kulit.

Baca juga: Daun kesum 

Menurunkan risiko penyakit jantung

Amalan kacang kuda secara berkala dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung kerana mereka mengandungi asid lemak tidak tepu yang baik.

Membantu menurunkan berat badan

Kacang kuda memberikan rasa kenyang yang berpanjangan berkat seratnya, membantu mengurangkan pengambilan kalori secara berlebihan.

Meningkatkan keseimbangan hormon

Kacang kuda mengandungi fitoestrogen yang boleh membantu mengimbangi hormon dalam badan, membantu dalam kesihatan wanita.

Produk kacang kuda gluten-free

Produk kacang kuda banyak dikomersialkan kerana penggemarnya terdiri daripada golongan vegetarian dan golongan yang mengamalkan diet gluten-free. Tepung kacang kuda pula digunakan dalam penghasilan muruku.



Resepi kacang kuda

Kacang kuda rebus

Bahan-bahan:

Kacang kuda 
Garam secukup 
Air 

Cara-cara:
  • Rendam kacang kuda semalaman 
  • Tukar air baru, letak sedikit garam dan rebus hingga empuk

Hummus 

Bahan-bahan:

1 tin kacang kuda
5 ulas bawang putih
Minyak zaitun
Serbuk jintan putih
Perahan 1/2 biji lemon 
1 sudu besar tahini 
Sedikit garam 
3 ketul ais

Cara-cara:
  • Campur bawang putih bersama sedikit minyak zaitun lalu bakar di dalam air fryer suhu 180℃ selama 15-20 minit
  • Kisar kacang kuda bersama bawang putih, serbuk jintan putih,  jus lemon, tahini dan garam. 
  • Tambah ais dan kisar lagi hingga halus
@mill.anwar

Sekali sekala kite tukar selera pulak, tapi HUMMUS ni memang sedap tau. ib: @aisyajway #IMAddictedTO #easyrecipe #millmasak #MYFoodie #MakanLokal #FoodLover #fyp #foodtok

♬ Nour El Chams - Pascale Machaalani

Catat Ulasan

3 Ulasan

Close Menu